Monday, July 27, 2009

Karnival Kejuruteraan(induction) yg pling gmpak n sempoi

Sedang semua pelajar Univesiti Tekonologi Mara(UiTM) pulang ke rumah masing2 di sebabkan kes H1N1,tetapi para pelajar fakulti kejuruteraan(engin) mempunyai aktiviti Karnival Kejuruteraan(induction).Pada mulanya,aku malas hendak pergi induction tersebut kerana ramai kawan2 aku yang sudah pulang ke rumah sejak petang jumaat lagi.Tetapi disebabkan terdapat name karnival,aku terasa hendak pergi.Pada mulanya,aku ingatkan terdapat pameran mengenai kejuruteraan,tetapi apabila aku pergi,segala2nya bukan apa yang anggapkan.Rupa2nya tentang sesi latihan dalam kumpulan(ldk).aku sudahlah benci gile dengan ldk2 ini.Jadi aku terasa menyesal sebab datang ke induction itu.

Induction bermula pada pukul8.00pagi hari sabtu di Dataran Sains & Teknologi(SnT).Apbila sampai di SnT,aku pun beratur bersama2 budak2 engin lain(mekanikal,awam,elektrik n kimia) untuk di beri kumpulan.aku mendapat kumpulan2 yang bernama Semut E.Dalam 1kumpulan mempunyai campuran antara semua budak2 engin.Dengan ini,semua budak2 engin dapat mengenali antara 1sama lain.

Fasilitator atau di induction di pangil group leader(gl).gl kumpulan2 ialah bro opi(ketua),bro pi,bro hafiq,kak rosey,kak abi.gl2 ini adalah part3@4.Tetapi walaupun gl2 lagi tua dari kami semua tetapi mereka semua sporting.terutama bro opi.Aktivit pertama ialah sesi kenal antara 1sama lain.Semua orang dikehendaki memberitahu nama,asal,belajar mana dahulu serta trademark masing2.inilah benda yang aku paling benci.Aku sudah rasa bosan.Kemudian setiap kumpulan dikehendaki berbincang mengenai untuk persembahan Malam Kebudayaan malam nanti.

Pukul12.00 tengah hari,semua part1 boleh balik ke hostel masing2 untuk tukar baju sukan untuk sukan neka pada pukul2.00 petang.aku lagi rasa bosan.apa kena mengena sukan neka dengan kejuruteraan?Kalau melukis ke pasang2 peralatan mesin ke buat eksperimen ke ok la juga.Tetapi oleh kerana ada ambil kedatangan,aku datang juga.Pukul1.50 semua budak lelaki engin naik bas uitm di kolej jati.Sampai di sana,kami semua di bagitau mengenai aktiviti petang itu.Antara aktivinya ialah bawa bola ping pong dengan sudu,lari ikat kaki,pasing getah guna straw,jalan atas batu bata,baling belon ke belakang dan cari getah dalam tepung.aku dengar aktiviti tesebut pun sudah menyampah.Tetapi aku masuk la juga,alang2 sudah sampai.Apabila bermula permainan,baru aku sedar,rupa2nya aktiviti tersebut ada penambah cara mainnya.Sebagai contoh pasing getah-10orang beratur panjang ke belakang sejauh 1depa,kemudian pass ke belakang,jalan ikat kaki-pasangan ikat kaki kena bersilang.seorang pandang depan,seorang pandang ke belakang dan semua aktiviti apabila da berjaya habis,kena kejar check point untuk dapat nombor.Memang klakarlah aktiviti petang tersebut.Walaupun nampak seperti kebudakan2 tetapi memang mencuit hati melihat gelagat setiap orang.Aktiviti sukan neka habis pada pukul5.00 petang.

Pukul7.50 malam,kami semua bertolak dari kolej jati.Sampai di SnT,kami semua di beri makan malam.Kemudian, Timbalan Vice Canselor(tvc) merasmikan induction ini.selepas perasmian,Malam Kebudayaan di teruskan.Kumpulan aku mempersembahkan lakonan bertajuk 'engin dulu dan engin sekarang'.Kumpulan aku mendapat sorakan gemuruh.aku rasa bangga sekali kerana xsangka lakonan kita orang berjaya menarik minat orang ramai.Ada kumpulan yang perhatian juga iaitu yang bertajuk 'haji bakhil bersama dengan keretanya'.Aktiviti malam itu berakhir pada pukul11.30.

Pada keesokan paginya,kami semua berkumpul di padang kolej seroja(perempuan) untuk bermain permain agak berat iaitu bola jaring dan futsal.Menariknya pagi itu,lelaki bermain bola jaring manakala perempuan bermain futsal.Malangnya pagi tersebut hujan lebat.Jadi permainan di tanguhkan sehinga hujan reda pada pukul9.40 pagi.Selepas hujan reda,kami semua sudah boleh bermain.Memang syoklah sebab 1st time dapat main bola jaring.Selalunya tengok perempuan main.Sekarang budak lelaki pun boleh main juga.Bola jaring ini ada 1 peraturan sahaja iaitu 3step sahaja,yang kelakarnya kita orang main bola jaring itu macam bola keranjang pula.Ada pula yang goyang2kan tiang gol jaring supaya pihak lawan xdapat masukkan.Kumpulan aku pula,hampir2 dapat masuk final,tetapi seri.Jadi guna baling duit nasib dan kumpulan aku kalah di sebabkan itu.Jadi kumpulan aku ada xpuas hati dengan cara penentuan kalah menang itu.Aktiviti agak berat ini tamat pada pukul2.00 petang.

Aktiti malam bermula pada pkul8.00 malam.Kami semua di beri makan malam.Sedang kami makan,pelajar lepasan uitm dahulu yang merupa batch2 awal memberi ucapan dan nasihat.Mereka batch2 awal ini ada yang sudah datang dari awal program lagi walaupun sibuk dengan keluarga dan juga syarikat milik mereka.Para crew yang menjayakan program ini juga merupakan pelajar yang baru grad dan juga ada yang sudah mempunyai pekerjaan tetap malah ada juga yang sudah menjadi manager.Mereka semua memang kamcing walaupun berlainan batch dan juga kos.Tetapi di sebabkan semangat engin,mereka dapat berborak dan juga membuat kerja bersama2.Itulah yang mereka ingin tunjukkan kepada kami semua.Sebab itu induction ini di jalankan dengan campur semua fakulti kejuruteraan(mekanikal,awam,elektrik dan kimia) supaya kita orang semua dapat saling mengenali.Mereka cakap,walaupun berlainan kos,tetapi semua kos tersebut umpama 1,kerana semuanya ada kaitannya antara 1sama lain.Mereka juga cakap,kalau kita orang sudah mengenali antara 1sama lain maka senanglah nanti kalau hendak cari kerja.Lagi pun,kalau di takdir dapat di tempat kerja yang sama maka senanglah hendak buat kerja kerana sudah kamcing sejak dahulu lagi.Selapas habis batch awal memberi ucapan dan nasihat,majlis penyampaian hadiah di teruskan.Kumpulan aku mendapat 2hadiah menang dalam acara cari getah dalam tepung dan lari ikat kaki menang nombor 1 dan 2.Sebenarnya acara ping pong kumpulan aku boleh dapat nombor tetapi tanpa kita orang sangka,check point penamat,bro stylo telah melarikan diri.Peserta kumpulan aku yang terakhir adalah perempuan,jadi dia xdapat hendak mengejar bro stylo.akibatnya dari nombor 1,kami dapat tempat terakhir.Tetapi apa pun kami redha kerana kami dapat juga 2hadiah.Kemudian,kami semua di beri kupon aktiviti.Bagi aku kupon itulah yang paling penting,sebab semua pelajar uitm di kehendaki mengumpul kupon sebanyak yang mungkin bagi memastikan dapat duduk di hostel uitm lagi.

Selepas itu,kami semua di bahagikan kepada lelaki dan perempuan.Semasa penyampaian hadiah,bro opi ada memberitahu aku dan kawan aku yang kita orang sepatutnya pakai baju lawa2 pada malam itu.Kita orang dengar macam ada maksud tersembunyi.Jadi semasa kami semua di bahagikan,aku dan kawan aku sudah rasa pelik.Lagi2 abang dan kakak gl semua diasing dari kita orang part1 ini.Kemudian semua perempuan di suruh jalan di satu lorong kecil sambil lelaki nyanyikan lagu tepung tawar.Rupa2nya ada crew2 yang bersedia di lorong kecil itu untuk baling tepung kepada kami semua.Kata mereka itu adalah salah satu ritual pengesahan kami semua sebagai budak engin.aku sebenarnya xdibenarkan sertai kerana adalah penyakit asma.Tetapi aku tengok macam best sahaja.Jadi aku pun join sekali.Tetapi ada bro crew marah sebab ada budak lelaki lari time kena tepung.Jadi lelaki kena tepung 2kali.Tetapi kerana syok dan bez beberapa orang lelaki dan aku buat 3kali.Habis badan warna putih,dari rambut sampai ke kasut.Itulah pengelaman yang best sekali.Kemudian kami semua masuk balik dalam kumpulan masing2 untuk membahagikan hadiah.

Aktiviti ini habis pada pkul11.00.semua perempuan boleh pulang ke kolej masing2.Tetapi lelaki di suruh tungu sebentar.Semua crew dan batch awal datang berkumpul depan kami semua.Mereka semua mengucapkan terima kasih kepada kami semua kerana sanggup datang walaupun ramai pelajar sudah pulang ke kampung.Kemudian mereka tanya kita orang pasal Hells Engine(dalam sebutan hellengin).Ada seorang dari lepasan diploma uitm di penang cakap dia penah dengar.Dia cakap hellengin ini pertubuhan underground uitm punya.Kemudian mereka cerita bagaimana hellengin ini boleh terbentuk.Mereka cakap,pada zaman dulu susah dan xada kemudahan mahupun game2 macam zaman sekarang.Jadi mereka duduk ramai2 dan buat game mereka sendiri.Sampai port mereka duduk di pangil Jalan Engin.Siap di rasmikan oleh vc.Tetapi jalan itu ada di bangunan kejuruteraan yang lama.Yang kita orang sekarang belajar adalah fakulti yang baru siap di pangil twin tower.Mereka cakap kalau terjumpa mereka,tegur2lah mereka sebab mereka mungkin datang 2kali semingu.Mereka cakap xperlu pangil mereka formal sangat macam abang.pangil aku engkau xpun pangil bro je.Mereka hendak jadikan kita orang macam member biasa.xnak ada gap macam sekolah dulu.Kemudian mereka cakap tentang Engine Night.Malam tersebut semua lepasan pelajar uitm dari batch pertama akan datang sekali.Jadi mereka cakap ini peluang keemasan kita orang untuk mengenali batch awal yg kebanyakannya sudah menjadi ceo syarikat.Jadi menyenangkan kita orang untuk membuat praktikal dan mencari kerja pad masa akan datang.

Aktiviti ini habis pada pukul12.30 tengah malam.Bas uitm xnak hantar kami semua pulang ke kolej kerana sudah lambat sangat.Jadi dengan sportingnya crew2 menghantar kita orang guna motor dan kereta sendiri.Mereka cakap xperlu risau pasal pak guard sebab balik lambat.Sebab mereka sudah biasa.Mereka bukan hendak ajar perkara buruk kepada kami semua.Tetapi untuk kami semua mudah bergaul dan senang bercakap dengan orang lain.Malam itu aku tidur kepenatan bercampur dengan kesoronokan kerana bro2 kt induction semua sporting dan sempoi je termasuk juga gl2.Aku rasa di fakulti lain xada pun buat macam ni.Induction ini pada mulanya aku rasa bosan tetapi bila sudah buat semua aktivitinya rasa seronok pula.Nanti macam mana Engine Night pada 8.8 nanti.Ada bro cakap walaupun batch awal2 semua sudah tua,tetapi sangup berjoget dengan semua batch lain.InsyaAllah aku akan tulis tentang Engine Night itu.Nantikanlah cerita mengenai Engine Night nanti...ha3