Sunday, December 13, 2009

Umahku Baru Di Renovat


salam...pe kabo?
da lme aq xmgedit blog aq
kwn2 aq rmai da bsing2 dok tnye blog aq ni da brabuk xedit2
so ni aq nk cite la skit umah aq yg br siap renovat

hmpir 3bln gak kot umah aq di renovat
start lpas raya korban
renovat tok ubah dr papan jd batu
umah aq dl ad papan dlm 30% lg
dinding blik aq(n adk aq),blik parent aq n skit dapur
kbykn papan da kne mkn dek anai2
2 yg renovat jd batu
Photobucket
blik aq(n adk aq) sblum di renovat
Photobucket
katil da kne cabut letak kt luar
tido tilam kt bwh lntai je
Photobucket
brng2 bsepah2 time renovat
lum siap lg
bilik parent aq(ad ac)
dinding udah di roboh kn
da tukar gan batu
lum cat lg...
da hmpir siap
aq mngecat umah
aq gah mgecat plindung tingkap
Photobucket
udah siap mgecat
Photobucket
upe blik aq stlh siap renovat
umah aq
pmndngn tepi umah aq
Photobucket
pmndngn dr dpn umah aq
umah sebandung(gabung gan umah umah arwah nenek aq)

sape nk dtng umah aq
mai la dtng
almt umah aq
622G,Kg Sg Merali,
Batu4,Jln Gombak,
53000 Kuala Lumpur....

Saturday, August 15, 2009

Mimpi Jadi Kenyataan

Perbualan ni berlaku da lame da.sebelum aku masuk uitm lagi.

Abah: Afiq dapat kolej luar ni.lau ada moto senang skit lau nak keluar masuk nati.Nak beli moto ape?
Aq: Ha..lc boleh?
Abah: lc?yamaha mahal la.beli la honda.engin honda lagi bagus.
Aku: Honda xbest la.x lawa.
Abah: k la.jom pergi kedai moto.kite pergi survey dulu.

Abah aku terus bawak aku pergi kedai moto.tapi kat kedai moto 2 banyak moto honda.aku terfikir,ni trick ni.tapi xpe la survey dulu.kat kedai moto 2...

Tauke: hello bos.mau cari moto pe?
Abah: Ni mau tengok2 dulu.ni lc brape?(tunjuk kat lc yang aku tengah tengok2)
Tauke: Oh..lc ka?2 moto manyak top sekarang ni.saya kasi bos rm6500++ harga atas jalan punye.harga boleh bincang nati.
Abah: Aish..banyak mahal la tauke.

Abah terus tengok2 moto honda lak.aku pun ikut sekali.tiba2 mata aku tertarik pada 1 moto honda ni,125 waveX.aku tengok body dia pun smart,cantik gak.aku terus rekomen kat abah.abah tanye tauke 2.

Abah: Ni moto honda waveX ni brape harga?
Tauke: WaveX?Oh.. 2 moto baru sampai punye.2 saya boleh kasi dalam rm5200++ harga atas jalan la.
Abah: Ni 4stroke punye ke?ada clucth x?
Tauke: 4stroke punye la.xde clucth la.moto macam moto biase la.
Abah: Oh..k la tauke.ni mau survey2 dulu.k thanks.

Kitorang bla dan pergi kedai makan.

Abah: Mahal la lc.lagi pun lc banyak orang curi sekarang ni.
Aku: Tau..ada dengar cerite gak.tapi waveX tadi k gak.harga pun murah sikit.bentuk pun cantik gak.
Abah: haah.k gak 2.

Padahal saje nak pancing aku xyah fikir pasal lc lagi.tapi memang aku da xfikr pasal lc da.aku da minat gile dengan waveX.balik umah terus bukak internet cari pasal waveX.tapi yang sedihnya,bile nak isi borang2 kemasukan uitm,ada tulis pelajar baru xdibenarkan membawa kenderaan sendiri.So terpaksa cancel nak beli moto.
Tapi bile da masuk uitm sebulan lebih ni,ada kawan2 yaeg dari budak2 asasi dan abang2 senior cakap,boleh je bawak.nak minta stiker moto pun senang je.yang susah nak bawak moto la.sebab uitm selalu jem sebab banyak kereta dan bas keluar masuk.bile dengar camtu rasa sakit hati gak.tapi biar la dulu.tunggu semesta depan je la baru beli moto.
Tapi sekarang ni bas rapidkl,pengangkutan aku setiap hari sebab kolej luar kampus,nak naikkan tambang bas mulai 1september ni.so tanpa berlengah,aku cakap abah aku nak beli moto.so minggu lepas balik jap umah,nak setelkan pembelian moto.tapi kene tungu 1minggu lagi baru dapat bawak balik.so abah aku cakap,'seminggu ni biar abah bawak pergi tempat keje abah dulu la'.aku rasa terkilan gak sebab xdapat nak rasmikan moto 2.tapi xpe la.akhirnya hari ni,hari ahad,16.8.09 dapat gak aku merasa moto baru aku,yang aku minat gile ni.dan aku boleh da bawak pergi uitm da.he3...

Photobucket moto waveX ku... 125waveX

Sunday, August 9, 2009

Hari Minggu yang Memenatkan..

Sungguh meletihkan minggu ni..
Starting hari jumaat lagi..
Kelas start pukul8.30 sampai pukul11.30..
Habis kelas plan nak makan kat dataran cendikia(dc)..
Tapi xjadi lak sebab kawan habis kelas lambat lak..
So aq pergi perpustakaan Tunku Abdul Rahman(PTAR)..
Main on9 kat PTAR 2..
Dalam pukul12.45 kawan aq sampai..
Pergi kompleks sukan tok solat jumaat..
Alang2 belum azan lagi..
Kitorang pergi makan dulu kat kompleks sukan 2..
Sebab udah kelaparan.ha3..
Pukul2.30 pergi balik kolej jati..
Sampai rumah baring,tido jap..
Pukul3.25 bangun dan siap2 pergi kelas..
Kelas pukul4 sampai pukul6..
Sampai kolej jati dalam pukul7..
Lepas mandi,siap2 dan solat..
Pukul8 keluar pergi kl sentral nak balik rumah..
Sampai rumah dalam pukul10..
Lepas mandi,solat,makan..
Terus on9 sampai pukul3.ha3..
Esok pagi lepas solat tido balik..
Tapi pukul8 ayah aq kejut lak suruh tolong masak2..
Pukul10 pergi kedai moto tok beli moto..
Moto honda waveX moto idaman aq.hu3..
Lepas selasai semua balik rumah..
Lepas solat dalam pukul2 pergi keluar kl sentral naik lrt dari taman melati..
Rumet ajak pergi time square dan pusing2 low yatt..
Dalam pukul3 baru kawan2 aq sampai kl sentral..
sebab dorang bertolak dari uitm lambat..
Ingat nak tengok wayang sekali tapi udah lambat sampai..
So cancel pergi pusing2 low yatt lak..
Tapi pusing jap je xsampai tingkat3 pn..
Kawan aq suruh keluar udah xlarat tengok2 kat low yatt 2..
Then kitaorang pergi time square..
Kitaorang pergi solat dan pergi kedai sukan..
Kawan aq nak cari beg dan grip tok tennis..
Dalam pukul7.30 sampai kat kolej jati..
Sampai2 terus solat tukar baju nak pergi Engine Night lak..
Nasib baik rumet aq ada moto..
Pinjam moto so xlame la pergi kat intecma,tempat Engine Night..
Engine Night start dari pukul8 sampai pukul12..
Tapi aq keluar awal dalam pukul10.30..
Sebab ayah aq udah datang nak angkat aq balik..
Sampai rumah dalam pkul12..
Mandi dan solat..
Then selesaikan pasal ptptn lak..
Tido dalam pukul2..
Esok pagi lepas solat,siap2 tok pergi majlis graduasi akak aq kat upm..
Pergi dalam pukul7..
Aq pakai baju batik uitm je..
Sebab akak aq suruh pakai pakaian formal dan warna hijau..
Sebab fakulti dia corak warna hijau..
Majlis graduasi start pukul8 sampai pukul12..
Sebelum balik rumah..
Singah jap kat kajang tok beli satay kajang..
Sampai rumah,mandi, solat dan makan satay..
Then ambik kesempatan tok on9 lagi.hu3..
Pukul5 lepas solat terus balik uitm..
Sampai kolej jati dalam pukul6.30..
Sampai2 rumah terus tido kepenatan..
Pukul7.30 mandi solat dan pergi seksyen2 makan dengan rumet..
Then balik rumah dalam pukul9.30..
Solat then berborak2 dengan rumet jap..
Pukul10.30 buat keje lukisan kejuruteraan sampai pkul12.30..
Tapi still x siap lagi.ha3..
Sebab berborak lagi dengan rumet..
Ingat nak buat kat kelas esok je la.ha3..
Lepas siap type semua ni baru aq dapat tido dengan aman..
Sekian...:)

Saturday, August 8, 2009

Engine Night yang Gempak

Sebelum ini aku ada bagitahu yang aku nak ceritakan tentang engine night ini..
Maybe ada yang tak tahu ape ini engine night..
Sebenarnya ia adalah satu jamuan yang mengumpulkan budak2 kejuruteraan..
dari batch pertama hingga sekarang..
Di jamuan ini kitorang boleh berkenalan2 dan merapatkan hubungan dengan batch awal2 ni..
Dengan membayar rm20 saje..
Kitorang dapat makan bufet..
Nasi minyak,ayam panggang,kambing panggang,arca timun,sup meatball,rendang daging..
Dan juga buah2an tembikai,rambutan dan langsat..
Kalau pun macam diner..
Tapi aktivitinya simple saje..
Majlis pembuka dengan slad video dan persembahan dari budak engin batch00..
Then ucapan daripada fakulti kejuruteraan..
Time ini kitorang dibenarkan untuk makan sebanyak mana kitorang nak..
Kemudian kitorang di sajikan dengan persembahan lagi dari band budak engin,hell's engine..
Macam2 lagu dorang persembahankan..
Ada yang dorang ubah lirik khas untuk budak2 engin..
Yang syoknya..
Dorang guna gitar elektrik dan drum sendiri je..
Kat depan pentas ada yang menari2 dan joget..
Yang tak boleh bla..
Batch awal yang tua2 pun join gojet..
Memang meriah la engin night ni..
Batch2 awal ni sporting je..
Nak ajak berbual dan nak berlawak pun tak kisah..
Dorang pun banyak cite pasal pengalaman dorang masa dulu..
Memang best dapat berbual dengan dorang semua..
Engine night ni habis pukul12.00 tengah malam..
Engine Night
Sblum ni aq ad bgtau yg aq nk cita kn tntng engine night ni..
Myb ad yg xtau pe ni engine nigh..
Sbnar ya ia adlh satu jamuan yg mgumpul kn bdk2 kejuruteraan..
dr batch prtama hnga skrg..
Di jamuan ni ktorg ley bknln2 n mrapat kn hbungn gan batch awl2 ni..
Dgn mbyar rm20 sj..
Ktorg dpt mkn bufet..
Nsi mnyak,aym pngng,kmbing pngng,arca,sup meatball,rndang daging..
N juga buah2an tmbikai,rmbtan n lngsat..
Lau pun mcm diner..
Tp aktvt ya simple..
Mjlis pmbuka gan slad video n psembhn dr bdk engin batch00..
Then ucpn drpd fakulti kjuruteraan..
Time ni ktorg dbenar kn tok mkn sbyk mne ktorg nk..
Kmudian ktorg dsaji kn dgn psembahn lg dr band bdk engin,hell engine..
Mcm lagu dorg psmbhn kn..
Ad yg dorg ubh lirik khas tok bdk2 engin..
Yg syok ya..
Dorg gn gitar elktrik n drum sndri..
Kt dpn pntas ad yg mnari2 n joget..
Yg xley bla..
Batch awl yg tua2 pn join gojet..
Mmng meriah la engin night ni..
Batch2 awl ni sporting je..
Nk ajk bbual n nk blwak pn xksh..
Dorg pn byk cite psal pnglmn dorg mse dl..
Mmng bez dpt bbual gan dorg sume..
Engine night ni abis pkul12.00 tgh mlm..

hell's engine

Monday, July 27, 2009

Karnival Kejuruteraan(induction) yg pling gmpak n sempoi

Sedang semua pelajar Univesiti Tekonologi Mara(UiTM) pulang ke rumah masing2 di sebabkan kes H1N1,tetapi para pelajar fakulti kejuruteraan(engin) mempunyai aktiviti Karnival Kejuruteraan(induction).Pada mulanya,aku malas hendak pergi induction tersebut kerana ramai kawan2 aku yang sudah pulang ke rumah sejak petang jumaat lagi.Tetapi disebabkan terdapat name karnival,aku terasa hendak pergi.Pada mulanya,aku ingatkan terdapat pameran mengenai kejuruteraan,tetapi apabila aku pergi,segala2nya bukan apa yang anggapkan.Rupa2nya tentang sesi latihan dalam kumpulan(ldk).aku sudahlah benci gile dengan ldk2 ini.Jadi aku terasa menyesal sebab datang ke induction itu.

Induction bermula pada pukul8.00pagi hari sabtu di Dataran Sains & Teknologi(SnT).Apbila sampai di SnT,aku pun beratur bersama2 budak2 engin lain(mekanikal,awam,elektrik n kimia) untuk di beri kumpulan.aku mendapat kumpulan2 yang bernama Semut E.Dalam 1kumpulan mempunyai campuran antara semua budak2 engin.Dengan ini,semua budak2 engin dapat mengenali antara 1sama lain.

Fasilitator atau di induction di pangil group leader(gl).gl kumpulan2 ialah bro opi(ketua),bro pi,bro hafiq,kak rosey,kak abi.gl2 ini adalah part3@4.Tetapi walaupun gl2 lagi tua dari kami semua tetapi mereka semua sporting.terutama bro opi.Aktivit pertama ialah sesi kenal antara 1sama lain.Semua orang dikehendaki memberitahu nama,asal,belajar mana dahulu serta trademark masing2.inilah benda yang aku paling benci.Aku sudah rasa bosan.Kemudian setiap kumpulan dikehendaki berbincang mengenai untuk persembahan Malam Kebudayaan malam nanti.

Pukul12.00 tengah hari,semua part1 boleh balik ke hostel masing2 untuk tukar baju sukan untuk sukan neka pada pukul2.00 petang.aku lagi rasa bosan.apa kena mengena sukan neka dengan kejuruteraan?Kalau melukis ke pasang2 peralatan mesin ke buat eksperimen ke ok la juga.Tetapi oleh kerana ada ambil kedatangan,aku datang juga.Pukul1.50 semua budak lelaki engin naik bas uitm di kolej jati.Sampai di sana,kami semua di bagitau mengenai aktiviti petang itu.Antara aktivinya ialah bawa bola ping pong dengan sudu,lari ikat kaki,pasing getah guna straw,jalan atas batu bata,baling belon ke belakang dan cari getah dalam tepung.aku dengar aktiviti tesebut pun sudah menyampah.Tetapi aku masuk la juga,alang2 sudah sampai.Apabila bermula permainan,baru aku sedar,rupa2nya aktiviti tersebut ada penambah cara mainnya.Sebagai contoh pasing getah-10orang beratur panjang ke belakang sejauh 1depa,kemudian pass ke belakang,jalan ikat kaki-pasangan ikat kaki kena bersilang.seorang pandang depan,seorang pandang ke belakang dan semua aktiviti apabila da berjaya habis,kena kejar check point untuk dapat nombor.Memang klakarlah aktiviti petang tersebut.Walaupun nampak seperti kebudakan2 tetapi memang mencuit hati melihat gelagat setiap orang.Aktiviti sukan neka habis pada pukul5.00 petang.

Pukul7.50 malam,kami semua bertolak dari kolej jati.Sampai di SnT,kami semua di beri makan malam.Kemudian, Timbalan Vice Canselor(tvc) merasmikan induction ini.selepas perasmian,Malam Kebudayaan di teruskan.Kumpulan aku mempersembahkan lakonan bertajuk 'engin dulu dan engin sekarang'.Kumpulan aku mendapat sorakan gemuruh.aku rasa bangga sekali kerana xsangka lakonan kita orang berjaya menarik minat orang ramai.Ada kumpulan yang perhatian juga iaitu yang bertajuk 'haji bakhil bersama dengan keretanya'.Aktiviti malam itu berakhir pada pukul11.30.

Pada keesokan paginya,kami semua berkumpul di padang kolej seroja(perempuan) untuk bermain permain agak berat iaitu bola jaring dan futsal.Menariknya pagi itu,lelaki bermain bola jaring manakala perempuan bermain futsal.Malangnya pagi tersebut hujan lebat.Jadi permainan di tanguhkan sehinga hujan reda pada pukul9.40 pagi.Selepas hujan reda,kami semua sudah boleh bermain.Memang syoklah sebab 1st time dapat main bola jaring.Selalunya tengok perempuan main.Sekarang budak lelaki pun boleh main juga.Bola jaring ini ada 1 peraturan sahaja iaitu 3step sahaja,yang kelakarnya kita orang main bola jaring itu macam bola keranjang pula.Ada pula yang goyang2kan tiang gol jaring supaya pihak lawan xdapat masukkan.Kumpulan aku pula,hampir2 dapat masuk final,tetapi seri.Jadi guna baling duit nasib dan kumpulan aku kalah di sebabkan itu.Jadi kumpulan aku ada xpuas hati dengan cara penentuan kalah menang itu.Aktiviti agak berat ini tamat pada pukul2.00 petang.

Aktiti malam bermula pada pkul8.00 malam.Kami semua di beri makan malam.Sedang kami makan,pelajar lepasan uitm dahulu yang merupa batch2 awal memberi ucapan dan nasihat.Mereka batch2 awal ini ada yang sudah datang dari awal program lagi walaupun sibuk dengan keluarga dan juga syarikat milik mereka.Para crew yang menjayakan program ini juga merupakan pelajar yang baru grad dan juga ada yang sudah mempunyai pekerjaan tetap malah ada juga yang sudah menjadi manager.Mereka semua memang kamcing walaupun berlainan batch dan juga kos.Tetapi di sebabkan semangat engin,mereka dapat berborak dan juga membuat kerja bersama2.Itulah yang mereka ingin tunjukkan kepada kami semua.Sebab itu induction ini di jalankan dengan campur semua fakulti kejuruteraan(mekanikal,awam,elektrik dan kimia) supaya kita orang semua dapat saling mengenali.Mereka cakap,walaupun berlainan kos,tetapi semua kos tersebut umpama 1,kerana semuanya ada kaitannya antara 1sama lain.Mereka juga cakap,kalau kita orang sudah mengenali antara 1sama lain maka senanglah nanti kalau hendak cari kerja.Lagi pun,kalau di takdir dapat di tempat kerja yang sama maka senanglah hendak buat kerja kerana sudah kamcing sejak dahulu lagi.Selapas habis batch awal memberi ucapan dan nasihat,majlis penyampaian hadiah di teruskan.Kumpulan aku mendapat 2hadiah menang dalam acara cari getah dalam tepung dan lari ikat kaki menang nombor 1 dan 2.Sebenarnya acara ping pong kumpulan aku boleh dapat nombor tetapi tanpa kita orang sangka,check point penamat,bro stylo telah melarikan diri.Peserta kumpulan aku yang terakhir adalah perempuan,jadi dia xdapat hendak mengejar bro stylo.akibatnya dari nombor 1,kami dapat tempat terakhir.Tetapi apa pun kami redha kerana kami dapat juga 2hadiah.Kemudian,kami semua di beri kupon aktiviti.Bagi aku kupon itulah yang paling penting,sebab semua pelajar uitm di kehendaki mengumpul kupon sebanyak yang mungkin bagi memastikan dapat duduk di hostel uitm lagi.

Selepas itu,kami semua di bahagikan kepada lelaki dan perempuan.Semasa penyampaian hadiah,bro opi ada memberitahu aku dan kawan aku yang kita orang sepatutnya pakai baju lawa2 pada malam itu.Kita orang dengar macam ada maksud tersembunyi.Jadi semasa kami semua di bahagikan,aku dan kawan aku sudah rasa pelik.Lagi2 abang dan kakak gl semua diasing dari kita orang part1 ini.Kemudian semua perempuan di suruh jalan di satu lorong kecil sambil lelaki nyanyikan lagu tepung tawar.Rupa2nya ada crew2 yang bersedia di lorong kecil itu untuk baling tepung kepada kami semua.Kata mereka itu adalah salah satu ritual pengesahan kami semua sebagai budak engin.aku sebenarnya xdibenarkan sertai kerana adalah penyakit asma.Tetapi aku tengok macam best sahaja.Jadi aku pun join sekali.Tetapi ada bro crew marah sebab ada budak lelaki lari time kena tepung.Jadi lelaki kena tepung 2kali.Tetapi kerana syok dan bez beberapa orang lelaki dan aku buat 3kali.Habis badan warna putih,dari rambut sampai ke kasut.Itulah pengelaman yang best sekali.Kemudian kami semua masuk balik dalam kumpulan masing2 untuk membahagikan hadiah.

Aktiviti ini habis pada pkul11.00.semua perempuan boleh pulang ke kolej masing2.Tetapi lelaki di suruh tungu sebentar.Semua crew dan batch awal datang berkumpul depan kami semua.Mereka semua mengucapkan terima kasih kepada kami semua kerana sanggup datang walaupun ramai pelajar sudah pulang ke kampung.Kemudian mereka tanya kita orang pasal Hells Engine(dalam sebutan hellengin).Ada seorang dari lepasan diploma uitm di penang cakap dia penah dengar.Dia cakap hellengin ini pertubuhan underground uitm punya.Kemudian mereka cerita bagaimana hellengin ini boleh terbentuk.Mereka cakap,pada zaman dulu susah dan xada kemudahan mahupun game2 macam zaman sekarang.Jadi mereka duduk ramai2 dan buat game mereka sendiri.Sampai port mereka duduk di pangil Jalan Engin.Siap di rasmikan oleh vc.Tetapi jalan itu ada di bangunan kejuruteraan yang lama.Yang kita orang sekarang belajar adalah fakulti yang baru siap di pangil twin tower.Mereka cakap kalau terjumpa mereka,tegur2lah mereka sebab mereka mungkin datang 2kali semingu.Mereka cakap xperlu pangil mereka formal sangat macam abang.pangil aku engkau xpun pangil bro je.Mereka hendak jadikan kita orang macam member biasa.xnak ada gap macam sekolah dulu.Kemudian mereka cakap tentang Engine Night.Malam tersebut semua lepasan pelajar uitm dari batch pertama akan datang sekali.Jadi mereka cakap ini peluang keemasan kita orang untuk mengenali batch awal yg kebanyakannya sudah menjadi ceo syarikat.Jadi menyenangkan kita orang untuk membuat praktikal dan mencari kerja pad masa akan datang.

Aktiviti ini habis pada pukul12.30 tengah malam.Bas uitm xnak hantar kami semua pulang ke kolej kerana sudah lambat sangat.Jadi dengan sportingnya crew2 menghantar kita orang guna motor dan kereta sendiri.Mereka cakap xperlu risau pasal pak guard sebab balik lambat.Sebab mereka sudah biasa.Mereka bukan hendak ajar perkara buruk kepada kami semua.Tetapi untuk kami semua mudah bergaul dan senang bercakap dengan orang lain.Malam itu aku tidur kepenatan bercampur dengan kesoronokan kerana bro2 kt induction semua sporting dan sempoi je termasuk juga gl2.Aku rasa di fakulti lain xada pun buat macam ni.Induction ini pada mulanya aku rasa bosan tetapi bila sudah buat semua aktivitinya rasa seronok pula.Nanti macam mana Engine Night pada 8.8 nanti.Ada bro cakap walaupun batch awal2 semua sudah tua,tetapi sangup berjoget dengan semua batch lain.InsyaAllah aku akan tulis tentang Engine Night itu.Nantikanlah cerita mengenai Engine Night nanti...ha3

Monday, June 15, 2009

Bentuk Tulisan & Personaliti

SALAM
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
menurut Dr. Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat · Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp · Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



Rumusan
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Rahsia Si Dia Makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan.
Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Mari Kite Tengok Ape Jenis Darah Kite

SI DIA : LELAKI
ANDA : PEREMPUAN


SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati. Bak kata org tu, segala-galanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yang tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yang tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu kepada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu.

SI DIA BERDARAH “B”.
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman-teman hingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang. Walau bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri Jhati biarpun terhadap anak sendiri.

SI DIA BERDARAH “O”.
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kepada seorg yang pemalas!!


SI DIA BERDARAH “AB”.
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yang suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri.



ANDA BERDARAH “A”.

Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.

ANDA BERDARAH “B”.
Kamu seorg yang trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorg ibu dan isteri yang baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun kerana kamu sangat mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang boros. Awas!!!.

ANDA BERDARAH “O”.
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu. Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu, kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat! Itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?

ANDA BERDARAH “AB”.
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu pergunakannya untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baru. Kamu tidak suka menjadi ibu-ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.

Sunday, May 17, 2009

ksh tntng njis pgng anjing n dosa pgng wanita bkn mhram

ni ad 1 ksh tntng njis pgng anjing n dosa pgng wanita bkn mhram.Mari la kte sme2 mrnung ksh d bwh spya d jd kn rnungn bsme...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la.... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU".ha3.

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan muhrim?.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

skrg ni kte ley lhat rmai ank2 muda mudi udah mdah mmgng tngn antra 1 sme len. mrka x brsa mlu pn bpgngn tngn d khlyak org rmai.msyrkt d sklling pn udah x ksh mda mdi kte skrg bpgngn tngn.bg yg bcouple lak bg mrka bpngngn tngn ni adlh pkra bese n tok mrpat kn lg hbngn antra mrka.mrka mgangap i2 pkra bese n x de pape yg jd mslh.tp pd mrka pgng anjing or babi,mrka kata kn njis n lau ley mmng x nk pngng bintng 2ekor 2.tp mrka x prsn yg bsentuhn(gan sngja & apatah lg btujuan syhwat) adlh bdosa n wjib btaubat (bg mbersihkn dosa). Sdngkn myentuh anjng x la bdosa n hnya prlu d suci (bkn gan btaubat). Mnyntuh anjng bkn la 1 ksalahn (dosa) or mksiat. Ttpi, myntuh wnita bkn muhrim adlh bdosa n mrupakn mksiat.

Friday, May 15, 2009

Mari kte rnung2 kn bsme mgenai umat Islam skrg ni

Pkra2 yg ilng dr umat Islam scra khusus,antra ya ialah:
HILANGNYA
-keadiln dr pmmpn/pmrntah & ksih syg ya
-sfat brani drpd alim ulama jga ksih syg ya & nsht ya srta sfat zhud ya
-sfat malu drpd kaum wnita
-sfat sbar drpd fkir mskn
-sfat pmurh drpd org kaya
-sfat twduk drpd gol atsn
-ilmu pngtahuan drpd ahli ibdh
-sfat lmah lmbut & kbjaksanaan drpd pjuang Islam
-sfat bjksana & lmah lmbut drpd pra pndkwah
-rsa khsyuk dlm solat
-sfat amnh drpd org yg d bri tnggjwb

Pkra2 yg ilng dr umat Islam scra umum,antra ya ialah:
HILANGNYA
-ilmu pngtahuan
-kpmpnn btraf empyr/sjgat
-akhlak & budi pkrti yg mulia
-ukhwh & ksih syg
-ppaduan & ksatuan umat Islam
-rsa ktuhann/rsa tauhid
-rsa cnta pd akhrat
-rsa tkut gan Allah n dosa
-rra twduk
-rsa qanaah
-rsa redha
-sfat sbar
-sfat btolk ansur
-pshbtn d klngn kaum Muslimin
-tamadun Islam
-sfat taat & setia pd pmmpn
-undng2 Islam

Mngapa tjadi ya dmkian?umat Islam skrg mmndng i2 sume x mrugi kn ape2.bgi2 rsak ya jiwa n cra bfkir umat Islam skrg ni
(Petikn syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

Wednesday, May 13, 2009

Assalamualaikum...slmt dtng...

PENGENALAN
slmt dtng sume...tima kaceh kerna sdi lwt n bc blog aq ni.ha3 blog ni da lme aq wt tp skunk br nk ks slm pngnln.blog ni lctrr bi,Miss Wani aq yg ajr wt.1st time dia soh wt blog ni dlm bi.sbb 2 korg ley nmpk aq punye post sblum ni sume bi.tp wt mse ni aq post dlm bm je kot(sori Miss Wani gn blog ni jd blog prsnal lak n post dlm bm lak 2)tp pape aq nk ucp time kaceh pd Miss Wani kerna ajr wt blog ni n ajr bi.we(KMPh 1f04) really njoy learnt wit u Miss Wani.

aq sbnar ya dl x fhm sngt pe blog ni mse dl.lau pn dl Miss Wani ad trng kn psal blog ni dl,tp aq x brpa fhm sngt sbb x pnh bc blog org len.Miss Wani ad ckp gan blog kte ley luah kn sume prsn,pndpt,pnglmn dll mlh ley wt bsness.aq dl pnh tfkir spe la nk bc blog2 kte lg2 blog yg low stndrd ni(xspcly blog aq ni ;( )tp stlh kwn2 aq cite n ks aq mcm2 blog tok d bc.br aq fhm mlalui blog kte ley bc plbgai pndpt org len,pnglmn org le,ksh idup dorg,isu smsa n jgk tok bsness.

pd zmn yg sngguh mden ni,mcm bnda yg dl fkir xlgik blaku,blaku da skunk ni.aq tkjut gak kbykn kwn aq sume da ad blog msing2.alhmdlillah aq da ad gak(thnx again Miss Wani).2 yg skunk ni nk aktif kn tok mngisi mse yg agk lpang ni.skunk x de org tkjut da lau sume org da ley on9.bkn skdr on9 gn kmpter,mlh ad yg on9 gn hp je.lau dl pnye la pyh nk on9.nk on9 lju pn kne g cybercafe(cc).sbb 2 skunk x jd msthil lg lau stiap org ad blog sndri.

aq pn sbnar ske ks pndpt n kmen psal ssuatu tjuk.cm aq x brape ske bgtau kpd rmai org.sbb 2 1st time aq mlas nk wt blog ni.(aq wt blog ni pn tpksa.sori Miss Wani.he3)tp ble d fkir bgus gak lau kte ley bkngsi pndpt mlalui blog ni.jd stlh d fkir2 aq pn rs nk aktif lik blog lme ni( x de la lme sngt pn x smpai setaun dr tarikh ari ni.ha3).aq plih tjuk beso 'wlcme 2 d real world' adlh kerna byk post aq ni bdsar kn ksh2 or pnglmn or fkta tntng mslh yg tmbul dlm dunia kte skrg atau lbih d spcific kt dlm ngra kte Malaysia.spya kte bsme ley ambk iktbr tntng mslh2 tsbut.

jd korg slmt mmbc n sudi2 ks kmen lau aq ad tslap tlis or tksar sngt dlm blog ni nti.tp aq nk ingt kn pe yg aq tlis kt sni adlh sume pe yg aq fkir kn(mnurut lgik akal aq).jd korg xyah jd pe yg aq ckp ni korg ikt bulat.tp pe yg bek 2 ley d jdi kn tldn n yg bruk d jd kn tauldn.tp aq akn bgtau lau pe yg aq tlis d rjuk oleh spe or bku mne or link mne.pape pn thnx again 2 u all bcoz spend some time 2 read my blog n i very sori if thre is some mstake i had made.thnx...